Pages

Sunday, May 29, 2011

PROGRAM PENERANGAN, PEMBIAYAAN DAN PERNIAGAAN (4P)

Sepanjang hari pada 29 Mei, saya menghadiri Program Penerangan, Pembiayaan dan Perniagaan (4P) anjuran bersama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) negeri Kedah dan GABEM Pusat dengan kerjasama SME Bank, SME Corp, AGRO Bank dan dan Bank Rakyat di Hotel Regency, Alor Star. Ia dirasmikan oleh YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah merangkap Penaung GABEM Kedah. Turut menyampaikan ucapan ialah Dato' Ramlan Othman, Ketua Eksekutif GABEM Pusat dan saya sendiri sebagai Pengerusi GABEM Kedah.

Wakil-wakil agensi kerajaan seperti FAMA (di wakili oleh Dato' Paduka Badruddin Amirulddin, Pengerusi), Mohamad Saidi Azizan (Pengerus TEKUN Kedah) dan En Mohamad Roslan Mohamad (Pengarah SME Corp, Kedah).







MENGHADIRI MAJLIS KENDURI, ZIARAH KEMATIAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN TOMOI

Pada 28 Mei, saya makan kenduri di Surau Kampung Acheh. Kenduri ini adalah sebahagian daripada program penggambaran Dokumentari RTM mengenai masyarakat Acheh di Kampung Acheh, Yan. Saya juga sempat melihat adat budaya orang Acheh dalam perkahwinan. Dalam celah-celah itu, sempat juga saya makan kenduri di tiga tempat (Kampung Jawa, Kampung Rendang Pasir dan Bukit Kuang) dan ziarah kematian (ayah saudara Haji Mansor Din) di Kuala Sedaka. Sebelah malamnya, saya dijemput untuk menyaksikan Kejohanan Tomoi dan menyampaikan hadiah di Dewan Serbaguna, Guar Chempedak.

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN JERAI

Pada 27 Mei, saya menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerai di NAZA, Gurun. Perasmian dilakukan oleh YB Dato' Seri Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan. Mesyuarat Perwakilan kali ini mencatatkan kehadiran yang teramai perwakilan UMNO bahagian Jerai iaitu 687 orang dari jumlah 825 orang perwakilan yang layak hadir. Kali ini semua Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri Cawangan menjadi perwakilan secara automatik.

Dalam pemilihan G7 (perwakilan bahagian ke Perhimpunan Agung), saya bersyukur kepada Allah kerana terpilih dengan undi terbanyak (418 undi). Kepada semua perwakilan, saya ucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan yang diberikan.
PERTEMUAN ANTARA PENGERUSI-PENGERUSI NADI DENGAN YB DATO' SERI SHAHRIZAT ABD JALIL

Pada 26 Mei, sebagai Pengerusi NADI kawasan, saya menghadiri pertemuan antara pengerusi-pengerusi NADI dengan YB Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Kuala Lumpur.
BERJUMPA RAKYAT DI PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT DUN GUAR CHEMPEDAK

Pada hari rabu, 25 Mei, seperti biasa, saya berada di Pusat Khidmat Wakil Rakyat di Yan untuk bertemu rakyat yang memerlukan bantuan dan pelbagai bentuk sokongan.
MAJLIS TAHLIL ARWAH CIKGU AINUDDIN

Pada 24 Mei, saya menghadiri majlis bacaan tahlil untuk arwah Cikgu Ainuddin di rumah ayahnya, Dato' Hj Ismail Arshad di Padang Lumat. Sama-samalah kita mendoakan semoga rohnya di rahmati Allah S.W.T.
MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN JERAI DAN PERASMIAN LARIAN KECERGASAN

Pada 21 Mei, saya merasmikan Larian Kecergasan anjuran Persatuan Belia MAYC Kuala Dulang Besar dan menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Jerai.
MESYUARAT PERWAKILAN WANITA UMNO BAHAGIAN YAN DAN HARI JURURAWAT

Pada 20 Mei, saya menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Jerai oleh YB Dato' Seri Senator (Jen Bersara) Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Selepas itu, menghadiri Majlis Sambutan Hari Jururawat sempena Hari Jururawat Sedunia Bersama Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin.
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM TAKHARUB ANJURAN JASA DAN MAJLIS BACAAN YASIN

Pada 18 Mei, saya menghadiri Majlis Perasmian Program Takharub anjuran JASA negeri Kedah di Chalet Putri Ayu, Yan. Program ini dikendalikan oleh JASA bagi DUN Guar Chempedak dan DUN Gurun selama dua hari iaitu pada 18 - 19 Mei. Saya mengambil peluang sebaiknya untuk menghadiri sebanyak mungkin perjumpaan yang diadakan. Pada 18 Mei, saya hadir dan memberi ucapan di Kampung Kolam, Jalan Jenun, Kampung Titi Serong, Sungai Udang dan Sungai Belida. Manakala pada 19 Mei pula, saya hadir dan memberi ucapan di Kampung Pasir, Kampung Teroi Bukit, Kampung Ruat dan Kampung Permatang Chengai.

Pada 18 Mei juga, saya menghadiri majlis bacaan Yasin sempena hari jadi UMNO yang ke-65 tahun di Masjid Sungai Limau. Majlis diadakan selepas solat maghrib, sebelum solat isha'.

Wednesday, May 18, 2011

PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA ORANG TUA DAN FAKIR MISKIN, HARI WESAK

Pada 17 Mei, saya menyampaikan bantuan kepada orang tua dan fakir miskin di rumah ibadat orang Buddha di Guar Chempedak. Seramai 73 orang golongan berkenaan telah menerima bantuan. Saya juga dijemput untuk menyampaikan ucapan di majlis berkenaan.



SAMBUTAN HARI GURU 2011 DAN MAJLIS PERSARAAN CIKGU PUAN HAJJAH ROHANI ISMAIL, GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI NYAK GAM, YAN

16 Mei adalah Hari Guru bagi seluruh negara. Saya dijemput ke Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam untuk Majlis Persaraan Cikgu Puan Hajjah Rohani Bt Ismail, Guru Besar dan Sambutan Hari Guru. Saya telah diberi penghormatan untuk memberi ucapan di majlis tersebut. Dalam ucapan tersebut, saya menyatakan bahawa Cikgu Rohani adalah seorang guru yang dedikasi dan komited terhadap amanah dan tanggungjawab bagi mendidik anak bangsa. Saya mengenali beliau sewaktu belajar di Sekolah Menengah Yan. Kepada Cikgu Rohani, saya ucapkan selamat bersara dan di doakan semoga sentiasa berada di bawah perlindungan Allat S.W.T dan sihat walafiat.

Selepas selesai majlis di Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam, saya ke Sekolah Kebangsaan Pauh untuk makan kenduri sempena sambutan Hari Guru. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'.

Monday, May 16, 2011

MAJLIS TAKLIMAT PEMBANGUNAN NEGERI (SEMPENA LAWATAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG) DAN PENYERAHAN KUNCI RUMAH

Pada jam 10 pagi, 15 Mei, saya menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri di Wisma Darul Aman, Alor Setar. Kemudiannya, Majlis Penyerahan Kunci Rumah kepada En Hamid di Kampung Pasir, Guar Chempedak. Rumah ini dibina oleh En Ahmad Azhar Abu Bakar dan dua orang rakannya dengan kos RM 45,000 untuk diberikan kepada En Hamid dan keluarganya. En Hamid mengalami sakit buah pinggang yang serius dan amat memerlukan sebuah rumah yang selesa untuk beliau dan keluarganya. Atas keprihatinan En Ahmad Azhar dan dua orang rakannya, En Hamid dan keluarga dapat tinggal dalam sebuah rumah yang selesa.


MAJLIS PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JERAI DAN MAJLIS KENDURI KAHWIN RUMAH ADINDA KU RAZAK

Saya menghadiri Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO bahagian Jerai di Dewan Serbaguna, Guar Chempedak pada 14 Mei. Perasmian dilakukan oleh YB Dato' Hamzah Zainudin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Kemudian menghadiri majlis kenduri kahwin adinda Ku Razak sempena perkahwinan anak perempuannya Ku Mawaddah. Sebelah malam, sempat juga menghadiri majlis kenduri kahwin Dato' Johari Mat (Pemilik Johawaki) di Hotel Shangrila sempena perkahwinan anaknya, Mohd Akmal.



Sunday, May 15, 2011

MAJLIS AKAD NIKAH ANAK SAUDARA, KU MAWADDAH, ISTIADAT KEBERANGKATAN TIBA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN JAMUAN NEGERI

Pada sebelah pagi, 13 Mei, saya menghadiri majlis akad nikah anak saudara saya, Ku Mawaddah dengan pasangannya Mohd Rushdi Rahim di Masjid Yan. Sebelah petangnya, saya berada di Lapangan Terbang Alor Setar untuk Istiadat Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yand Di-Pertuan Agong. Kemudian pada waktu malam, menghadiri Majlis Jamuan Negeri sempena Lawatan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Istana Anak Bukit.


HARI UMNO KE 65 TAHUN

Pada 11 Mei 2011, genap usia UMNO 65 tahun. Sejak ditubuhkan, UMNO telah membuktikan kemampuannya sebagai sebuah parti yang bukan sahaja mampu menyatukan orang melayu, tetapi juga menerajui pemerintahan negara. Sungguhpun agak sibuk dengan aktiviti harian, berkhidmat kepada rakyat, saya sempat menghadiri majlis HARI UMNO yang ke 65 di PWTC. Majlis bermula dengan solat maghrib, diikuti dengan majlis bacaan yasin, solat isha', ucapan YAB Presiden UMNO dan jamuan makan malam.
Sempena Hari Guru pada 16 Mei 2011, saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang banyak berbudi kepada anak-anak bangsa. Jasamu Tetap Dikenang. Ikhlas daripada saya YB Dato' Dr Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail, ADUN Guar Chempedak.

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Wednesday, May 11, 2011

KERATAN AKHBAR KOSMO (12/5/201)

Tuesday, May 10, 2011

Pada 10 Mei, saya dijemput untuk merasmikan Pameran Sains anjuran Pusat Sains Negara di Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan. Kemudiannya makan kenduri arwah di rumah Hj Romli Tekun di Kampung Kuala Dulang Besar dan menziarah cikgu Md Isa yang sakit (Ketua UMNO cawangan Bedong Tengah) di Bedong.

Pada 8 Mei, saya sempat menziarahi kematian di Taman Yan dan Tok Mat Meh yang mengalami sakit penat.
Program Sukan Perpaduan Kampung Raga, Yan telah diadakan pada sepanjang hari (8.30 pagi - 7.00 petang) 7 Mei 2011. Program anjuran bersama Pusat Khidmat ADUN Guar Chempedak, Persatuan Belia Wawasan Kampung Raga, JKKKP Kampung Raga dan Komuniti 1 Malaysia telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan oleh seluruh penduduk Kampung Raga. Banyak acara telah diadakan termasuk pelbagai permainan sukan rakyat seperti tarik upeh, tarik tali, musang berjanggut, kukur nyiur dan lain-lain lagi. Acara kemuncak ialah perlawanan akhir bola sepak merebut piala pusingan saya sendiri. Saya juga bermain bola sepak mewakili pasukan veteran Kampung Raga melawan pasukan Pemuda UMNO Jerai. Pada keseluruhannya, program ini berjaya mencapai matlamat merapatkan tali silaturahim antara penduduk kampung.






Pada 7 Mei juga, saya sempat mennziarahi beberapa orang sakit di Hospital Yan, termasuk seorang wanita dari Kampung Keda Sungai Udang yang mengalami sakit barah.
Pada 1 Mei 2011, saya dijemput untuk bersama-sama dengan penduduk Kampung Pauh, khariah Masjid Kampung Pauh dan Puteri UMNO bahagian Jerai untuk program gotong royong di Masjid Kampung Pauh. Program anjuran Puteri UMNO bahagian Jerai ini juga disertai oleh pelatih-pelatih GIATMARA Yan. Turut hadir ialah Pengurus GIATMARA Yan, En Tarmizi.


Sunday, May 1, 2011

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PESARA-PESARA DAERAH YAN

Pada 30 April, jam 10 pagi, saya dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pesara Kerajaan Daerah Yan, bertempat di Rumah Amal Yan



Pada sebelah malam pada 30 April, saya berada di PLKN, Beringin Resort, Langkawi untuk bersama dengan Pemuda-Pemuda cawangan UMNO bahagian Jerai yang mengikuti Program Jatidiri anjuran BTN.

PERASMIAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN 1 MALAYSIA NEDPRO (NEW ENTREPRENEUR DEVELOPMENT PROGRAM)

Pada 29 April, jam 4 petang, saya telah dijemput untuk merasmikan karnival diatas di Star Parade yang dianjurkan bersama oleh Institut Keusahawanan Dan Koperasi (CEDI), Universiti Utara Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kedah dan SIFE (Students in Free Enterprise) UUM. Karnival ini adalah sebahagian daripada program kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh mahasiswa Universiti Utara Malaysia.